Urutan pengiraan

Dalam bidang matematik dan pengaturcaraan komputer, urutan pengiraan (boleh dikenali sebagai keutamaan pengiraan, susunan pengiraan atau tertib pengiraan) merupakan satu himpunan aturan-aturan yang mencerminkan kelaziman tentang langkah-langkah yang mana satu perlu didahulukan untuk mencerakin satu ungkapan matematik tertentu.Contohnya, dalam bidang matematik dan kebanyakan bahasa aturan komputer, pendaraban diberikan keutamaan terlebih dahulu berbanding penambahan, dan kaedah seperti ini telah pun mantap diasaskan sejak pengenalan tatatanda algebra moden.[1][2] Oleh itu, ungkapan 1 + 2 × 3 secara lalainya ditafsirkan sebagai 1 + (2 × 3) = 7, dan bukan (1 + 2) × 3 = 9 . Apabila ungkapan eksponen diperkenalkan pada abad ke-16 dan ke-17, ia diberi keutamaan berbanding penambahan dan pendaraban, dan boleh diletakkan hanya sebagai superskrip di sebelah kanan nombor asasnya.[1] Maka wujudlah ungkapan 3 + 52 = 28 dan 3 × 52 = 75.Kelaziman ini wujud untuk menghapuskan ketaksaan tatatanda, di samping membenarkan sesuatu tatatanda menjadi sesingkat yang mungkin. Jika ada keperluan untuk mengatasi urutan tatatanda, atau sekadar untuk menekankan kepentingan urutan tersebut, tanda kurung ( ) boleh digunakan. Contoh, (2 + 3) × 4 = 20 memaksa penambahan untuk mendahului pendaraban, manakala (3 + 5)2 = 64 memaksa penambahan untuk mendahului eksponen. Jika berbilang pasangan kurungan diperlukan dalam ungkapan matematik, kurungan biasa boleh digantikan dengan kurungan siku atau kurungan dakap untuk mengelakkan kekeliruan, contohnya seperti [2 × (3 + 4)] − 5 = 9 .

Rujukan

WikiPedia: Urutan pengiraan http://syllabus.bos.nsw.edu.au/assets/global/files... http://eduplace.com/math/mathsteps/4/a/index.html http://study.com/academy/lesson/what-is-pemdas-def... http://www.cambridge.org/uk/catalogue/catalogue.as... http://blogs.edweek.org/teachers/coach_gs_teaching... http://www.mathcentre.ac.uk/resources/uploaded/mc-... https://codeplea.com/exponentiation-associativity-... https://www.insider.com/viral-math-problem-solutio... https://support.microsoft.com/en-gb/kb/kbview/1326... https://www.purplemath.com/modules/orderops.htm